Jumaat, 9 September 2011

Lomo-esque #3 : Sebuah Rumah di Tengah Bendang @ Sekinchan, Selangor

"Sebuah rumah di tengah bendang @ Sekinchan, Selangor .."


Jumaat, 8 Julai 2011

Lomo-esque #2 : Colourful Miniatures & Gifts @ Pavilion KL

"Colourful miniatures & gifts @ Pavilion, KL .."

Khamis, 7 Julai 2011

Ahad, 29 Mei 2011

Gambar Lama #1 - Rock The World 7

Edy J. dari Gerhana Skacinta (kugiran ska autentik Malaya)
di Rock The World 7, sekitar akhir 2006.

Khamis, 19 Mei 2011

Joy & Yatt - Sesi Outdoor @ G'ting H'land

Joy & Yatt - Outdoor di Genting Highland, Februari 2011

Rabu, 11 Mei 2011

Pra Tonton Filem Kongsi - Lu Langsi Lu Mati!

Lebih kurang seminggu lalu, dengan niat suka-suka saya telah menjawab soalan-soalan mudah berkaitan filem Kongsi - Lu Langsi Lu Mati! di laman sesawang Metrowealth Pictures, sila klik sini.

Sehari selepas tarikh tutup, wakil pihak Metrowealth telah menghantar sepucuk e-mel jemputan ke majlis pratonton filem ala kongsi gelap 1Malaysia tersebut untuk dua orang pada 10 Mei 2011 (malam tadi).

Tanpa perlu fikir panjang, saya mengajak isteri untuk menonton bersama. Dan tanpa banyak soal juga, isteri saya bersetuju, ini pengalaman baru katanya. Lagi pun, kebetulan setelah kelahiran anak sulung kami, sudah hampir setahun kami berdua tidak keluar menonton filem di pawagam.

Kongsi - Lu Langsi Lu Mati! adalah filem kedua arahan Farid Kamil yang diterbitkan oleh MiG melalui skim 10 pengarah muda, dibintangi oleh Bintang Paling Popular ABP-BH 2010 Shaheizy Sam, Fizo Omar, Yana, Putri Mardiana, Bront Palarae dan juga Pak Piee.

Dikatakan menelan belanja kira-kira RM2.5 juta termasuk kos produksi dan promosi, bagi saya filem ini berjaya dipersembahkan sebagai sebuah filem bergenre aksi dan komedi. Kata penerbitnya, David Teo, rakan-rakan penerbit di Bangkok & Hong Kong menganggarkan kos filem ini sepatutnya adalah RM4.5 juta. Secara kasar, ini bermakna pengarah Kongsi - Lu Langsi Lu Mati! telah berjaya menjimatkan kira RM2 juta kos penerbitan.

Aksi-aksi padat dengan percakapan gaya kongsi gelap tempatan yang dikomedikan, pergaduhan ala tomoi, kejar-mengejar ala drift antara penjenayah dengan pihak polis di sekitar Jalan Kuching dan Lebuhraya Mahameru yang mendebarkan, diselit pula dengan elemen aksi slapstik anti-klimaks, Kongsi - Lu Langsi Lu Mati! memang ternyata menghiburkan untuk tontonan ringan seisi keluarga. Jalan ceritanya agak berkecamuk, harap maaf. Rating diberikan oleh Finas adalah PG13.

Dalam ucapan alu-aluannya, sang penerbit merangkap ketua pegawai eksekutif MiG, David Teo memberitahu, selain daripada menjemput pihak media dan juga tetamu VIP, ini adalah kali pertama majlis pratonton filem terbitannya dibuka kepada khalayak awam yang terpilih seramai kira-kira 100 orang.

Terima kasih dan tahniah untuk seluruh warga MiG atas acara pratonton yang menghiburkan. Semoga sukses mencapai sasaran kutipan RM10 juta menerusi tayangan Kongsi - Lu Langsi Lu Mati! di 100 buah pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan juga Brunei.
Antara barisan pelakon yang hadir malam tadi

Antara penonton yang memenuhi pawagam di Hall 9.

David Teo ditemuramah oleh TV3 sebelum tayangan

Ahad, 1 Mei 2011

Potret Haiwan - Geng Kera di Teluk Cempedak

Antara koleksi gambar-gambar lama yang sempat dirakam menggunakan kamera kesayangan saya terdahulu, Nikon D80 dilengkapi lensa kit 18-135mm. ;)