Ahad, 11 Julai 2010

Hentian Teksi di Bukit Bintang, KL, MY


Antara foto-foto yang dirakamkan untuk menghiasi latar beberapa buah esei/jurnal berkaitan teksi yang diterbitkan di majalah Mutiara Minda terbitan MPH pada sekitar April-Mei 2010.

Saya mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk merayau dan mencari ilham, sambil sesekali memerhati gelagat para pemandu dan penumpang teksi dari kedai kopi berhampiran.

Kelihatan beberapa penumpang dari kalangan kumpulan pelancong asing (Arab, Eropah dan Amerika) terpaksa berunding harga yang mereka sudi bayar kerana ada beberapa pemandu degil yang masih enggan menggunakan meter.

Ada segelintir pemandu teksi yang beratur di hentian-hentian sekitar Bukit Bintang ini menunjukkan reaksi tidak senang apabila saya cuba merakamkan wajah mereka. Saya hanya mampu mengangkat tangan dan berikan senyuman sebelum berlalu pergi. Saya bukan polis, saya bukan wartawan cegah jenayah, saya ikhlas dan hanya mahu berfotografi. ;)

2 ulasan:

Booty Martinez berkata...

gambar dari arah belakang kenderaan tu menarik...
Membuktikan KL sangat sesak dengan kereta yang banyak..hihi..cantik semua gambar2 kamu.

Se-juta Wajah berkata...

Booty Martinez,
terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya & meninggalkan komen yang menyenangkan. banyak lagi gambar saya yang tak cantik tapi sengaja tak dikongsi ke sini. ;)